Translate

About Me

My photo
You can call me Rus @ Nisa. Science Selangor's. #TEAMLASTBATCHPMR . LEGACY is my team. United we STRONG. Allah is The Almighty :)

Saturday, June 11, 2011

SMSS'10

Assalamualaikum, Lamanya saya tidak bukak blog nie.. Tak terfikir pun nak bukak. Namun, tiba2 terdetik juga hati saya nie... Alhamdulillah bertemu lagi, disini saya nak cerita tentang SMSS'10.

         Haha :D benda nie dah lama dah cuma lupa nak tulis... hihihi... Okey, sebelum nak cerita tentangnya... Saya nak terangkan apa itu SMSS'10. Okey, ia adalah sebuah 'temasya tahunan' . Dimana.. semua pemain ragbi yang terpilih akan berlawan dengan beberapa pasukan dari sekolah yang lain. Pasukan ragbi tersebut akan dibahagikan mengikut kategori iaitu:-

  • boy under 15
  • boy under 18
  • old boys
  • girl under 18


         Mengikut umur, under 15 berumur 14 hingga 15 tahun. Manakala under 18, berumur 16-18. Old Boys pula ialah pemain ragbi SMSS yang lepas SPM .

         Buat pengetahuan umum, tahun ini, iaitu 2011, merupakan tahun yang pertama bagi Pasukan Ragbi Perempuan SMSS ( SMSS Girl's Rugby Team ) untuk memasuki SMSS'10 nie!! WOW!! tak sangka.. tahun pertama kat sini dah terus boleh dapat masuk dan main dalam game.

          Saya rasa sangat bertuah sebab dapat memasuki Team A kerana hanya saya seorang sahaja form 1 di Team A. Okey2, jangan berlagak .. :P haha :D .
     
         SMSS'10 berlangsung pada hari Sabtu (30/4/2011) dan hari Ahad (1/5/2011) . Perlawanan bagi touch footie ialah pada hari Ahad. Kami sangat gementar namun tetap yakin pada diri... Sekolah yang menyertai perlawanan SMSS'10 dalam kategori under 18 girls ialah:-

  • SMSS
  • Intercom
  • Felda
  • SMK S.Kertas
         Team A ataupun nickname nya.. 'WildCat' telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan SMSS'10 kategori under 18 girls dan mendapat pingat Champion Cup manakala Team B telah menang bagi pingat Champion Plate... So, tahniah kepada mereka semua dan sekolah amat berharap mereka semua akan dapat mengekalkan kejohanan ini pada tahun hadapan dan seterusnya..

Okey, that's all from me... thank you sebab baca petikan yg lintang-pukang ini... saya tahu... , saya bukannya pandai nak mengarang ayat. :(

Saturday, January 29, 2011

Yes!! Cuti lagi....

Alhamdulillah!!!

Dapat balik.... ish3 rindunya diriku pada rumah ini... hehehe ~~~ =.='.
                  Aku ringkaskan jelah....                                
Rus masuk....

  • Rumah Pendekar(Hijau)
  • Kadet Bomba
  • Kelab Teater
  • Seni Mempertahankan Diri ( Silat )
  • Ragbi Sentuh ( Touch Foottie)
  • Tarian Gamelan
Cerita pasal Kadet bomba.... kenapa aku ambil kadet bomba.... hmmm, itu sebab... tak ramai org. Senang dpt jawatan... hehehe =D Sebenarnya , aku mintak Tunas Puteri . Tapi, sudah penuh. Jadi tukar KRS. Sebabkan ramai sgt. To crowded. aku mintak bomba.... kihkihkih....

Cerita pasal Kelab teater.... agak bangga.... Aku dapat menjadi AJK tahunan. hehehe dapatlah sumbangkan mata kepada Rumah Pendekar.

Cerita pasal Seni Mempertahankan Diri(Silat).... haaa!! yg ini merbahaya... I am the only girl kat dlm silat nie... nak dikatakan... Kelab Seni Mempertahankan Diri ni ade 2 bahagian iaitu Silat dan Taekwondo. Taekwondo lah yg lebih ramai ahli. Silat cuma 5 org... termasuk Aku. Kiranya, aku tgh 'Promote' silat kat kawan2... Oh ya! sebelum terlambat... Rus dah tahu Silat Seni Bunga.... best jugak rasanya... gempak!!!. Just sekarang... yg menjadi masalah sekarang ialah... Masalah Kewangan... utk satu thn... Silat ini kene bagi RM100. Nnt ade Tok Guru akan dtg mengajar. Juga kene beli baju silat... huaHuahua....

Cerita pulak pasal Ragbi Sentuh.... Yang ini paling BEST,GEMPAK,DA'BOMB!!!! Rus jadi winger utk Team B... Kitaorg kene training elok2 and fight for team A. utk tournament 13 FEB nanti.... Hopefully, SMSS menang ye.... Ok, bercerita skit ttg game ni... hmm, mesti org takot kan bile dgr perkataan 'RAGBI'. haha =D sebenarnya Ragbi sentuh ni taklah seperti ragbi biasa... Ragbi ni soft je... lebih kurang mcm 'galah panjang' la cuma defendent tu boleh bergerak. And satu lagi... aku mungkin akan dpt baju utk team ragbi(P) sekolah .

Satu lagi cerita Rus tak mahu cite dah..... penat la menulis... korang semua pun penat membaca kan???
Hehehe =D okeylah bye. Assalamualaikum.... =)

Saturday, January 15, 2011

Yay!! Boleh balik rumah!!

Oh nikmatnye dpt balik sekolah....
      Tapi aku balik hari jumaat malam. Baru sekarang boleh online.... kejap lagi nak kene balik sekolah dah... huhuhu T_T. Sedihnye.... huk huk huk.....

Anyway, ngantoknye duduk kat asrama.... Lebih meletihkan ialah minggu Orientasi. Fuhh!! nasib dah habis hari jumaat lepas. Series penat sangat. Tak larat. hmmm,,, what more can I say. Hah! aku masuk Raghbi Sentuh... Tak pergi training pun... kihkihkih.. yelaa.... sibuk dgn malam bakat(jumaat lepas). Kemudian ape lagi yg nak diceritakan... hmm, aku rasa tu jelah setakat ini... Okeylah, Bye. Assalamualaikum.

Tuesday, January 4, 2011

4 January 2011

Okey, Aku tak nak cerita panjang2 just nak buat ucapan yg terakhir sebelum masuk sekolah esok.

         I can feel my adrealine, moving around my body and I am so nervous. Hope aku tak kene regging hehehe :D Tolonglah tak naklah.... Sekarang ni Aku tgh sakit. Mungkin sebab aku akan rindu semuanya. Tak boleh lagilah nak mandi lama2, bukak internet, makan masakan Umi juga gaduh dgn kakak.. kihkihkih :D
          Tak tahu lagi aku boleh balik ke rumah pada tarikh ape... Yang pasti.... Aku akan pastikan diriku maju terus ke hadapan. Belajar berdikari dan bertolak-ansur.

          Baiklah, sampai sini sahaja aku tulis. So, Good Bye, See U Soon, ASSALAMUALAIKUM.

Sunday, January 2, 2011

Hi!!.... Hari ini start sekolah... tapi aku tak... Hehehe.. 3:-) Mula sekolah hari Rabu, 5 Haribuln. So, it's mean.... LUSA LAH!! Oh my, I feel my heartbeat moving fast right now... making me nervous atau dlm perumpamaan BM seperti Cacing Kepanasan.
            Alright, my story today is.... I would like to share a tips to make your face clean without bintik-bintik hitam/putih, jerawat, kulit berminyak dan banyak lagi. Okey, kalau kulit kita ialah kulit yg tidk mempunyai masalah2 yg series.... Kita kene pastikan kita membasuh muka; sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari, supaya kelihatan berseri dan manis. Juga untuk mengelakkan kulit berminyak. Sebab itulah orang Islam sembahyang 5 waktu sehari.... Salah satu tips yg sgt berguna dari dahulu lagi...

Tuesday, December 28, 2010

KYAHH!!!! Umi balik hari ini!!! huh~~ rindunye.... hehehe :D walaupun baru tiga hari dua malam berpisah. Alamak! adush! Kalau baru tiga hari sudah rindu.... cam mana pulak kalau duduk di asrama nanti. Hmm,,, kempunan la aku nak makan masakan umi... kikiki :) rindulah dkt blog ini juga Facebook. hehe :D Baiklah kalau sesiapa yg mengenali aku silalah add aku di FB. Namaku 'Hani Hanisa' .
            But beware!! Only the person i know will i approve.... Dan kalau nak berkenalan... Kenal disini dulu. Baru disana. Cehh~~ banyak sungguh peraturannya... Anyway it just for friends.. :)
             Lagi satu aku nak bincangkan disini, Aku nak beri tips utk Si Gadis memikat Si Dia.... hehehe :D
Bermula dgn....

1) Kenali Si Dia... contohnya: perwatakannya, kesukaanya dan ciri2 gadis yg diidamnnya.
2) Cuba utk berkenalan dgn Si Dia(kalau dah kenal lama, oklah)
3) Berbual dgn Si Dia (pastikan anda tidak menjadi/ mengikut org lain :maksudnya: 'Be Yourself')
4) Ketahui perwatakan atau sifat anda yg disukai Si Dia.
5) Tonjolkan/Serlahkan sifat yg disukai Si Dia.
6) Jgn kecewa jikalau tidak dpt mencuri hatinya...
7) Pilih diantara dua ini:-
                                        a) Kamu akan setia dgn Si Dia dan tetap dgn pendirian anda.
                                        b) Cari peganti baru utk mengubat hati yg lara...

Okey, Baiklah, itu adalah cara2 pertama utk memikat Si Dia. Kalau nak lagi... tunggulah... hehehe :D And anyway, tak ikut sgt pun takpe... Just anggap aku tgh angau ke tgh berada dlm gangguan hormon. Sebab aku budak lagi... baru nak masuk Form 1. So, bukanlah tahu sgt atau arif pasal cinta2 ni.... Aku cuma main2 sekarang ini. hehe :D

Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan... :)

Monday, December 27, 2010

28 December 2010

Ini adalah post nisa yg ke-dua.
       Jadi ini bermakna... ini kali ke-dua aku bukak blog ini.... kuangx3... Series aku tak faham sangat nak guna blog macam ini.
       Ok, tanpa melenggangkan masa aku... baik aku tulis ape yg aku nak tulis. Aku baru sahaja menghabiskan satu buku novel yg dibeli Sabtu lepas di MPH, Alamanda. Haha :D aku memang suka baca buku... lebih-lebih lagi novel yg menceritakan tentang atau cerita2 menarik perihal remaja. hehehe.... mestilah cerita kene buli2 dan turut terselit cerita cinta yg dpt mencairkan hati wanita ini. Tetapi, buku novel ini yang TERBAIK!!!!! diantara buku2 novel yg lain.
        Cerita yg kedua, aku rasa nak ceritakan pasal penerimaan aku ke dalam SBP. Alhamdulillah , aku dpt walaupun bukan sekolah pilihan aku... namun aku tak kisah... kerana aku boleh berdikari disana. Cerita punya cerita... aku tak cakap pun aku dpt sekolah kat mana. Hah! Aku minta di Sri Putri tetapi aku dpt SM Sains Selngor di Cheras, Kuala Lumpur. Hmmm, terkejut aku.. kecewa pun ade. But Anyway... I Thank To ALLAH because I still can stay at hostel. To learn how to be more suffer. To find more friends from every country. And to learn new things. This is what I looking for. :D
         Baiklah, aku memang amat berbangga kerana dpt masuk... daripada tidak. Terdapat 5 org daripada 11 org calon UPSR 5A yg dapat surat tawaran masuk ke SBP. Dan.... hanya aku seorang perempuan dikalangan mereka juga hanya aku seorg daripada 6 org perempuan yg mendapat 5A UPSR. Kalau aku dpt SM Sains Selangor, Nazmi dan Nabil dpt Sekolah Sultan Alam Syah, Rizza pula SM Sains Tunku Syed Putra manakala Arif, aku tak tahu. Dia tak bagitahu,, kedekut ~~~ =.=' huh!
          Sekarang ni,, aku tgh mengumpul barang2 keperluan yg perlu dibawa ke asrama nanti... hehehe :D penat jugak ye... kene cari banyak benda... aku harap tak perlu cari barang keperluan itu disaat-saat terakhir. Best jugak jalan2 sambil mencari ni... boleh jugak nisa keluar menghirup udara yg kian panas akibat 'Pemanasan Global' yg terjadi sekarang ini. Aku berharap... semua prihatin dgn bumi ini.... Ops! Alamak! terlepas dari tajuk asal... hahaha :D .


Hmmm,,, cakap dah banyak. Rasanya dah takde ape lagi yg aku nak ceritakan... semua idea dan tajuk2 menarik sudah aku keluarkan. Maaflah, sebab tak begitu menyerlah.... Aku bukan pandai sangat utk mengarang ayat atau ape2 yg panjang berjela cuma ayat2 yg romantis sahaja yg aku boleh. kikiki... tak sepatutnya aku cerita. KANTOI! hehe.... Oh Ya... sebut pasal romantis2 ni.... Aku sebenarnya tolong org buat surat cinta... hehehe tapi itu dulu.
But now, aku tolong ceramah kat org ttg betapa perit nya cinta ini kalau kita ak pandai nak menjaga nya atau mencari nya dgn betul. Org yg sedih ialah org yg sgt menyayangi keksihnya atau 'ex' manakala org yg tidak sedih dan menganggap perpisahan itu tiada ape2 bermaksud dia seorg yg tidak ambil kisah dan cuma main2 dgn kekasih nya..... dia cuma hendak menikmati hidupnya sebelum tua...
        HAHAHA!!! itu cuma salah satu tanggapan aku... tak tahulah yg lain....

baiklah,baiklah, aku dah banyak sgt cakap... oklah... sampai disini sahaja, bye. Assalamualaikum :)